Friday 18 November 2011

pembelajaran baru....

prezi adalah satu perkara yang menarik jika didalami dengan penuh minat..tidaklah susah sangat menggunakan aplikasi ini..kerja pertama kali menggunakan prezi..

saya..media..teknologi..



Saturday 8 October 2011

KEMAHIRAN SAINS ( SCIENCE SKILL )

Tahukan anda apa itu KEMAHIRAN SAINS....??

Kemahiran Sains merangkumi aspek-aspek seperti pemerhatian (observing), classifying (pengkelasan), mengukur & menggunakan nombor, membuat inferens, meremal (predicting), penjelasan (communicating), menghubungkan ruang & masa, menterjemah data (interpreting data), mendefinasi operasi (defining operationally), mengawal pembolehubah (controlling variables), hipotesis dan membuat eksperimen (experimenting).



1.    PEMERHATIAN
·         Menggunakan deria pendengaran, sentuhan, hidu, penglihatan untuk mengumpul data tentang objek dan fenomena

2.    PENGELASAN
·         Menggunkan pemerhatian untuk membezakan atau menjadualkan objek serta situasi berdasarkan persamaan dan perbezaan

3.    MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR
·         Membuat pemerhatian kuantatif menggunakan nombor dan alatan dengan unit standard

4.    INFERENS
·         Menerangkan sesuatu pemerhatian
·         Menggunakan data yang lepas untuk membuat kesimpulan awal serta menerangkan keadaan awal

5.    MERAMAL
·         Menyatakan keputusan awal atau hasil yg akan dicapai berdasarkan pengetahuan yg diperoleh melalui pungutan data
·         Menjangkakan hasil yg akan dicapai

6.    PENJELASAN (COMMUNICATING)
·         Menggunakan perkataan atau symbol grafik sprt jadual, graf, gambarajah atau model untuk menerangkan kelakuan, objek dan situasi

7.    MENGHUBUNGKAN RUANG DAN MASA

·         Menerangkan perubahan dalam perimeter yg dipengaruhi masa

8.    MENTERJEMAH DATA
·         Memberi penjelasan rasional tentang satu objek, situasi drpd pungutan data

9.    MENDEFINASI OPERASI
·         Mendefinasikan konsep melalui penjelasan apa yg perlu dibuat dan apa yg perlu diperhati

10.  MENGAWAL PEMBOLEHUBAH
·         Mengenal pasti pembolehubah malar, manipulasi, bergerak balas dalam satu experiment

11.  HIPOTESIS
·         Membuat penyataan umum tentang hubungkait antara pembolehubah manipulasi dan bergerak balas unutk menerangkan lagi pemerhatian

12.  MEMBUAT EKSPERIMEN
·         Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis termasuk mengumpul, menganalisis, menterjemah data dan membuat kesimpulan


Sunday 25 September 2011

MINGGU KEDUA

Pada minggu ini, kami diperkenalkan dengan pembelajaran inkuiri.pembelajaran inkuiri merupakan pembelajaran yang berasakan soalan.

juga diajar tentang :

  1. Pembelajaran
  2. Pendidikan
  3. Pengajaran
  4. Intruksi
  5. Teknologi

Kami juga diperkenalkan dengan teknik KWHL..

K - Know
W - Want
H - How
L - Learned

Teknik ini merupakan advance organizer untuk membantu pelajar menghubungkan sesuatu maklumat yang ingin dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada dlm diri pelajar.

Wednesday 21 September 2011

Minggu Pertama....

Penaksiran....merupakan satu proses mengumpul data tentang apa yg kita tahu dan apa yg kita boleh lakukan.

Penaksiran seharusnya dititikberatkan dalam  aspek pendidikan. antara kaedah yg biasa digunakan dalam penaksiran adalah seperti
  • soal jawab
  • kuiz
  • peperiksaan
Selain itu, kami ditugaskan  membuat satu akaun wikispaces. wikispaces ini merupakan tempat dimana orang ramai mencetuskan idea , berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. di dalam laman wikispaces ini, kami dihendaki menjalankan satu tugasan mengenai tenaga nuclear.


klik link dibawah untuk ke wiki kami....
http://technologies54.wikispaces.com/