Tahukan anda apa itu KEMAHIRAN SAINS....??
Kemahiran Sains merangkumi aspek-aspek seperti pemerhatian (observing), classifying (pengkelasan), mengukur & menggunakan nombor, membuat inferens, meremal (predicting), penjelasan (communicating), menghubungkan ruang & masa, menterjemah data (interpreting data), mendefinasi operasi (defining operationally), mengawal pembolehubah (controlling variables), hipotesis dan membuat eksperimen (experimenting).
1. PEMERHATIAN
· Menggunakan deria pendengaran, sentuhan, hidu, penglihatan untuk mengumpul data tentang objek dan fenomena
2. PENGELASAN
· Menggunkan pemerhatian untuk membezakan atau menjadualkan objek serta situasi berdasarkan persamaan dan perbezaan
3. MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR
· Membuat pemerhatian kuantatif menggunakan nombor dan alatan dengan unit standard
4. INFERENS
· Menerangkan sesuatu pemerhatian
· Menggunakan data yang lepas untuk membuat kesimpulan awal serta menerangkan keadaan awal
5. MERAMAL
· Menyatakan keputusan awal atau hasil yg akan dicapai berdasarkan pengetahuan yg diperoleh melalui pungutan data
· Menjangkakan hasil yg akan dicapai
6. PENJELASAN (COMMUNICATING)
· Menggunakan perkataan atau symbol grafik sprt jadual, graf, gambarajah atau model untuk menerangkan kelakuan, objek dan situasi
7. MENGHUBUNGKAN RUANG DAN MASA
· Menerangkan perubahan dalam perimeter yg dipengaruhi masa
8. MENTERJEMAH DATA
· Memberi penjelasan rasional tentang satu objek, situasi drpd pungutan data
9. MENDEFINASI OPERASI
· Mendefinasikan konsep melalui penjelasan apa yg perlu dibuat dan apa yg perlu diperhati
10. MENGAWAL PEMBOLEHUBAH
· Mengenal pasti pembolehubah malar, manipulasi, bergerak balas dalam satu experiment
11. HIPOTESIS
· Membuat penyataan umum tentang hubungkait antara pembolehubah manipulasi dan bergerak balas unutk menerangkan lagi pemerhatian
12. MEMBUAT EKSPERIMEN
· Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis termasuk mengumpul, menganalisis, menterjemah data dan membuat kesimpulan
No comments:
Post a Comment